Microsoft Edge Didapati Lebih Jimat Penggunaan RAM Berbanding Chrome dan Firefox

Microsoft Edge dijangka akan ditawarkan secara rasmi kepada semua pengguna pada pertengahan Januari 2020.


Microsoft telah pun mula menawarkan versi aplikasi pelayar terbaru mereka iaitu Microsoft Edge yang berasaskan Chromium untuk dicuba lebih awal kepada sebahagian pengguna komputer.

Pelayar itu didakwa adalah jauh lebih jimat dalam penggunaan kapasiti RAM komputer berbanding 2 lagi pelayar popular iaitu Google Chrome dan Firefox.

Ia berdasarkan laporan oleh penulis dari laman Android Authority, hasil dari ujian yang dijalankannya.

"Edge typically uses just 70 to 75 percent of the RAM required by Chrome, a big deal for systems with limited memory." Robert Triggs dari Android Authority.



Walau bagaimanapun, dapatan ini tidaklah pula boleh dijadikan rujukan mutlak kerana penulis itu tidak menyatakan secara jelas di atas platfom manakah hasil perbandingan 3 pelayar tersebut dibuat.

Serta tidak dinyatakan juga adakah terdapat sebarang extension tambahan dipasang pada pelayar-pelayar yang diuji itu.

Lagi pun, Microsoft Edge masih dalam peringkat pembangunan (beta) berbanding 2 pelayar lain tersebut. Tetapi ia bolehlah memberikan gambaran awal bahawa Microsoft Edge boleh dijadikan sebagai antara pelayar alternatif terbaik kepada pengguna.

Anda boleh mencuba sendiri aplikasi pelayar Microsoft Edge dengan memuat turun dan memasangnya di dalam komputer anda.

Microsoft Edge boleh dipasang pada sistem komputer macOS, Windwos 10. Windows 8/8.1, Windows 7, Windows Server (2016 dan terbaru) dan Windows Server (2008 R2 hingga 2012 R2).

Versi penuh pelayar Microsoft Edge dijangka hanya akan ditawarkan pada pertengahan Januari 2020 nanti.