Microsoft Edge Bakal Mendapat Wajah Baharu Dengan Teknologi Dari Chromium

Microsoft telah berubah fikiran dan kini mahu menyertai pesaing mereka, Google dalam menggunakan platfom Chromium bagi merubah kembali rekaan pelayar Edge milik mereka. Chromium yang digunakan oleh Google dalam memacu pelayar Chrome telah dipilih Microsoft untuk mereka kembali Edge bagi mendapatkan keserasian pelayar dan juga pecahan pelayar kepada pembangun.

Edge hadir ke pasaran setelah pengguna lebih berpihak kepada pelayar-pelayar terkenal lain seperti Chrome dan juga Firefox. Microsoft mendakwa pelayar Edge mereka lebih berkemampuan baik berbanding pesaing-pesaing mereka. Edge juga dipasang secara automatik kepada pengguna yang menggunakan Windows 10.

Dalam masa yang sama, keputusan Microsoft untuk beralih ke platfom Chromium mengundang kritikan dari CEO Mozilla yang memberitahu keputusan tersebut hanya akan membuatkan Google mendominasi pasaran.

Pengubahsuaian Edge akan bermula pada tahun hadapan dan hanya masa akan menentukan samada keputusan Microsoft ini adalah tepat untuk mereka.