Microsoft Disaman Sebanyak RM 2.3 Bilion Kerana Windows 10

Seorang lelaki di Amerika Syarikat telah mengambil keputusan untuk menyaman Microsoft bersama CEO nya selepas dia mendapati perisian Windows 10 di komputer riba miliknya telah menyebabkan komputer ribanya tidak lagi berfungsi.

Perisian Windows 10 yang dinaik taraf secara paksa itu juga telah memadam perisian simpanan Windows 7 dari komputer riba tersebut. Pengadu menggunakan komputer riba jenama ASUS menuntut agar pihak Microsoft memberinya salinan perisian Windows 7 atau membayar tuntutan kerugian sebanyak RM 2.3 bilion.



Microsoft dalam masa yang sama memberi respon yang mereka tidak mahu memberikan salinan asal Windows 7 kepada pengadu dan meminta pihak ASUS sendiri memberikan salinan asal Windows 7.

Ini bukan kali pertama Microsoft disaman berkaitan perisian sistem operasi Windows 10 mereka dan cara mereka memaksa pengguna menaik taraf sistem operasi ke Windows 10 dikritik oleh ramai pihak termasuk pihak berkuasa negara Jerman. Microsoft diarah oleh pihak berkuasa Jerman untuk tidak mengamalkan paksaan naik taraf untuk pengguna negara tersebut.