Walaupun tablet tersebut menggunakan cip ARM yang berkuasa, masih terdapat lagi isu prestasi yang melibatkan aplikasi Windows. Sistem teknologi emulator Microsoft untuk Windows 10 ARM masih belum menyokong aplikasi 64 bit. Ini menyebabkan Surface Pro X hanya mampu untuk menjalankan aplikasi 32 bit sahaja.
Mengikut laporan dari Neowin, Microsoft sedang cuba mengendalikan masalah ini dengan membawakan sokongan untuk aplikasi 64 bit dalam Windows 10 untuk cip ARM. Dikatakan ciri ini sedia diguna pada separuh pertama 2021.
Baik Microsoft mahupun Qualcomm masih belum memberikan komen mengenai hal ini. Namun, usaha Microsoft untuk memberikan sokongan kepada aplikasi 64 bit merupakan sesuatu yang positif yang akhirnya akan mengurangkan keluhan pengguna.
Dengan menggunakan cip berasaskan ARM, pengeluar boleh mereka produk dengan lebih nipis ditambah dengan sokongan LTE seperti peranti pintar. Produk dengan cip ARM juga tidak memerlukan kipas untuk kekal sejuk kerana cip tersebut sudah sedia efisien dalam pengeluaran tenaga.
Sumber: Neowin
Berkaitan
- iPhone 12 Dan 12 mini Dilengkapi 4GB RAM, Model iPhone 12 Pro Pula Lebih Besar Dengan 6GB
- Intel Umum Butiran Mengenai Cip Pemprosesan Grafik 7nm "Ponte Vecchio"
- Microsoft Sedang Bangunkan Komputer Riba Surface Dengan Harga Lebih Rendah Bersaiz 12.5 Inci
- Intel Tiger Lake Gen-11 Siri H, Siri N, Dan vPro Untuk Komputer Riba Diumumkan Secara Rasmi
- Samsung Galaxy S21 Dengan Cip Exynos 1000 Mungkin Lebih Berkuasa Dari Varian Snapdragon 875
- Sony Umum Projek Dron Airpeak, Bakal Diperkenalkan Secara Rasmi Tahun Hadapan
- AMD Umum 3 CPU Berkuasa Baharu Di Bawah Siri Ryzen 3000 XT
- Xiaomi Melancarkan MiTu Kids Watch 4X - Jam Kanak-Kanak Dengan Dwi-Kamera Dan Bateri 7 Hari
- Microsoft Umum Surface Headphone 2 - Ketahanan Bateri 20 Jam Dan Kini Menyokong aptX
- Permainan Pihak Pertama Untuk Xbox Series X Tidak Eksklusif Hanya Untuk Konsol Tersebut