Microsoft Dilaporkan Mahu Menghasilkan Peranti Tablet Surface Dengan Harga Lebih Mampu Milik

Microsoft Inc., sebuah syarikat pembangun produk berkaitan teknologi terkemuka daripada Amerika Syarikat, kini dilaporkan dalam perancangan untuk menghasilkan sebuah lagi peranti komputer peribadi hibrid dibawah jenama Microsoft Surface. Namun, pada kali ini peranti yang dihasilkan akan mempunyai harga yang lebih murah berbanding siri Surface yang sebelumnya.

Menurut laporan yang ditulis oleh Ewan Spence di lamanĀ Forbes, Microsoft sudah pun memberikan kod nama kepada papan kekunci dan tablet peranti berkenaan. Papan tabletnya yang bakal hadir dengan pot USB Type-C akan dikenali sebagai 'Lex' manakala papan kekunci peranti berkenaan pula digelar sebagai 'Gibs'.



Ini merupakan satu berita baik bagi pengguna Windows di mana melalui siri Microsoft Surface ini, mereka akan dapat menikmati sistem operasi asli daripada Microsoft itu. Dalam erti kata lain, Microsoft Surface ini boleh disamakan dengan siri Pixel dan Nexus keluaran Google, yang menggunakan sistem operasi asli Android.

Microsoft dikatakan telah mensasarkan untuk bersaing dengan tablet keluaran Apple, iPad dalam usaha untuk menguasai pasaran tablet terutamanya dalam aktiviti pembelajaran. Dengan harga pasaran yang semakin rendah, mereka yakin akan dapat merapatkan jurang dengan syarikat berkenaan.

Sumber