Ciri pertahanan sistem Windows 10 dilengkapi pengimbas UEFI.
Microsoft kini telah memuatkan ciri terbaru khusus untuk sistem pertahanan sistem Windows 10 iaitu Microsoft Defender.
Ciri yang dikenali sebagai UEFI (Unified Extensible Firmware Interface) adalah pengimbas yang dapat mengesan sekiranya berlaku serangan, eksploitasi dan aktiviti meragukan yang menggugat sistem fail Windows 10.
Jadi dengan adanya pengimbas UEFI ini, pihak Microsoft akan dapat mengesan lebih banyak serangan terhadap firmware yang sebelum ini sukar dikesan.
Microsoft Defender merupakan ciri sistem antivirus terbina dalam Windows 10 yang dikawal selia oleh Microsoft Defender Advanced Threat Protection (Microsoft Defender ATP).
Bagi mendapatkan ciri baru ini, pengguna perlulah mengemas kini sistem komputer Windows 10 mereka kepada versi terkini yang boleh dibuat menerusi Settings > Windows Update.
Berkaitan
- 10 Kemahiran Digital Paling Pesat Berkembang Di Malaysia Ketika Ini
- Pengasas Bersama Microsoft Diumumkan Sebagai Lelaki Terkaya Di Dunia 2019
- Microsoft Memaklumkan Masalah Peranti Thunderbolt Kepada Pengguna Windows 10
- Elon Musk Dakwa IQ Pengguna Instagram Kurang Dari 100
- NASA Memperlihatkan Video Selang Masa 10 Tahun Matahari Yang Dirakam Kapal Angkasa SDO
- Microsoft Merancang Melebarkan Pelayar Microsoft Edge Kepada Pengguna Linux
- Game RPG Dengan Rating 4.6 Bintang Ini Sedang Percuma Untuk Windows Dan Mac
- Microsoft Menawarkan Secara Rasmi Pelayar Edge Berasaskan Chromium Kepada Pengguna
- Pengguna Windows 7 Pro Pula Akan Terima Notifikasi Naik Taraf Kepada Windows 10
- Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berprestasi Setakat Ogos 2023