Microsoft Berjanji Tidak Akan Memaksa Pelanggan Untuk Menaik Taraf Langganan Mereka

Kemaskini Window 10 sebelum ini boleh dikatakan sebagai satu kontroversi juga. Kontroversi tersebut bukan mengenai prestasi sistem operasi itu malah dianggap sebagai peningkatan dari sistem operasi lama seperti Windows 8.

Kontroversinya adalah mengenai cara Microsoft cuba memaksa pelanggan-pelanggan mereka untuk menaik taraf ke sistem operasi percuma itu. Tidak semua orang sukakan perubahan dan Microsoft dilihat tidak sensitif mengenai pilihan pelanggan mereka.

Sekarang, Microsoft sudah berikrar tidak akan mengulangi kesilapan yang sama dan mereka menyatakan perkara tersebut di dalam prosiding mahkamah.

Satu persatuan perlindungan pengguna di Jerman telah mengambil tindakan mahkamah terhadap Microsoft atas strategi mereka memaksa muat turun secara automatik di balik tabir. Microsoft telah meminta maaf dan mereka berkata mereka telah belajar dari kesilapan mereka dan berjanji tidak akan mengulanginya kembali.

Sumber