Microsoft Benam Pusat Data Dalam Ujian Projek Natick Di Perairan Scotland

Microsoft telah membenamkan sebuah pusat data ke sebuah lautan di perairan Scotland dalam menguji keberkesanan projek teknologi hijau mereka, Projek Natick. Ujian itu dijalankan bagi menguji sama ada penyejukan pusat data menggunakan air dapat menjimatkan tenaga atau tidak.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=162&v=AvvJc4Uw3aA

Untuk pengetahuan, pusat data tersebut mengandungi sejumlah 864 pelayar dengan 27.6 petabit(juta GB) simpanan data. Pusat data selalunya akan menghasilkan jumlah haba yang tinggi dan pembekal gergasi biasanya akan memindahkan pusat data mereka ke negara yang mempunyai suhu yang sangat rendah.

Atas sebab berkenaan, Microsoft telah mengambil langkah untuk membuat kajian berkenaan cara penyejukkan yang lebih murah. Dan mereka mengambil keputusan untuk membangunkan Projek Natick. Kira-kira 3 tahun yang lalu, mereka telah membenamkan sebuah lagi pusat data selama 5 bulan di perairan California, Amerika Syarikat.

Dan bagi ujian mereka kali ini, Microsoft akan menempatkan pusat data tersebut di dalam laut selama 5 tahun. Ia akan dikuasakan menggunakan kabel bawah tanah daripada Kepulauan Orkney berhampiran. Kabel berkenaan turut akan menghubungkan pusat data berkenaan ke talian Internet.

Sumber