Microsoft Bangunkan Konsep Alat Kawalan Permainan Untuk Telefon Pintar

Permainan mudah alih kini semakin popular dimainkan dengan adanya permainan seperti PUBG, Fortnite dan Mobile Legends.

Walabagaimanapun, masih terdapat sedikit kekurangan dalam pengawalan permainan kerana ia hanya bergantung kepada sentuhan pada skrin paparan sahaja. Oleh sebab itu kita boleh lihat lambakan alat kawalan permainan dari pelbagai jenama dipasaran.

Microsoft, menerusi Project xCloud dikatakan telah membangunkan alat kawalan permainan versi konsep untuk sepertimana yang diungkap dari dokumen kajian gergasi perkomputeran tersebut.



Jika diperhatikan, ia mirip seperti Joycon yang dipasang pada Nintendo Switch. Pihak Microsoft juga memuji Sony PlayStation dan Nintendo kerana berjaya menyelesaikan menyelesaikan masalah kawalan secara sentuhan dengan menghadirkan pengawal fizikal.



Menariknya versi konsep ini dibangunkan dengan ciri yang boleh dipasang dengan pemegang yang boleh diubah-ubah saiz mengikut kesesuaian pengguna.

Difahamkan, usaha membangunkan alat kawalan permainan ini sudah dimulakan Microsoft sejak 2014 lagi. Ia mungkin mengambil masa yang lama lagi untuk dikomersialkan tetapi ia menandakan Microsoft mengambil serius langkah untuk membawakan permainan Xbox menerusi Project xCloud kepada peranti mudah alih.

Sumber: EuroGamer