Ia merupakan versi pengganti kepada Windows XP tetapi secara realitinya ia tidak mampu menandingi versi Xp tersebut.
Rata-rata pengguna lebih gemar dengan versi XP dan selepas itu mereka beralih arah ke Windows 7 dan 8.
Sepertimana yang pernah diberitakan pada bulan Disember yang lalu, Microsoft bakal menghentikan sokongan keatas sistem operasi Windows Vista bermula 11 April ini.
Hal ini berikutan kebanyakkan pengeluar komputer dan perisian mengeluarkan peralatan komputer dan sistem perisian yang lebih optimum digunakan dengan Windows yang terkini.
Sekiranya Windows Vista masih digunakan selepas 11 April, pengguna mungkin akan terdedah dengan isu keselamatan ditambah pula Internet Explorer 9 sudah tidak langsung memberi sokongan kepada Vista lagi.
Bagi anda yang masih mahu menggunakan Windows Vista, syarikat enjin carian terkenal, Mozilla masih memberi sedikit masa dengan mengeluarkan sokongan sehingga bulan September ini.
Lain pula cerita bagi Google, mereka telah pun menghentikan sokongan untuk kedua-dua versi XP dan Vista. Mereka turut menyarankan agar pengguna beralih kepada sistem operasi versi baru yang lebih selamat dan berprestasi tinggi.
Berkaitan
- Samsung Galaxy Tab S4 Dilancarkan Secara Rasmi
- iPhone Akan Mula Dikilangkan Di India April Ini
- Samsung Perkenal Galaxy Buds Pro Berharga RM799 - Ada ANC Dan IPX7
- Harga Jualan Mi 9T Pro Dipotong RM200
- Jumlah Jualan iPhone X, 8, Dan 8 Plus Masih Belum Mampu Tandingi iPhone 6 Dan 6 Plus
- Mi Band 4: Paparan Berwarna Dengan Kuasa Bateri Yang Lebih Lama
- 'SMS Pertama Di Dunia' Dijual Dalam Bentuk NFT Pada Nilai Lebih Setengah Juta
- Tidak Lama Lagi Anda Boleh Beli Rumah Dari Lazada
- Jimatkan Penggunaan Data Dengan Aplikasi Datally
- Blackberry Perkenal Telefon Android DTEK60