Microsoft Akhirnya Mengemas Kini Kecacatan Sistem Windows 10 Yang Terdedah Lebih 2 Tahun

Sebelum ini pada Ogos 2018 dahulu, Microsoft telah dimaklumkan tentang penemuan kecacatan kritikal pada sistem operasi Windows 10 yang boleh dieksploitasi penggodam bagi melakukan serangan perisian hasad.

Sebelum ini, serangan CVE-2020-1464 ke atas pengguna Windows 10 pernah dilaporkan berlaku sebelum ini.

Tetapi hanya selepas 2 tahun, barulah Microsoft akhirnya melepaskan kemas kini untuk para pengguna Windows 10 bagi memperbetulkan isu kecacatan pada sistem tersebut.

Kemas kini tersebut dilepaskan pada 11 Ogos baru-baru ini yang dimuatkan dalam fail kemas kini bagi memperbetulkan 120 isu kecacatan lain pada sistem Windows 10.

Jadi para pengguna Windows 10 dinasihatkan supaya menetapkan kemas kini automatik pada sistem komputer mereka.

"Customers who apply the update, or have automatic updates enabled, will be protected. We continue to encourage customers to turn on automatic updates to help ensure they are protected." Microsoft.

Sumber: KrebOnSecurity

Berkaitan