Menerusi laman Twitter, Pengurus Microsoft, Aaron Greenberg memaklumkan bahawa mereka akan menghasilkan peti sejuk mini Xbox Series X pada masa akan datang.
Ia selepas Microsoft dipilih sebagai pemenang Best Of Tweets Brand Bracket yang dianjurkan Twitter.
https://twitter.com/TwitterMktg/status/1377260142929018882
Pertandingan tersebut turut disertai oleh 16 jenama utama lain seperti Spotify, Alexa, Pizza Hut dan Uber Eats.
Microsoft menerusi Xbox telah menang tipis dengan mengatasi Skittles hany sebanyak 1% undian sahaja.
https://twitter.com/aarongreenberg/status/1377986560679768064
Berikutan kemenangan itu, Aaron Greenberg berjanji akan menunaikan apa yang dicanang-canangkan mereka di Twitter sebelum ini iaitu akan membina peti sejuk mini Xbox Series X.
https://twitter.com/aarongreenberg/status/1377803738702745602
Setakat ini, belum ada info lanjut tentang spesifikasi, harga serta bilakah peti sejuk mini Microsoft itu akan dipasarkan.
Tetapi bulan lalu, Microsoft telah bekerjasama dengan jenama air tenaga ZOA dengan menghasilkan peti sejuk mini dengan reka bentuk menyerupai konsol Xbox.

Sumber: PCMag
Berkaitan
- Jom Rebut Peranti 5G Dengan Hanya RM49 Menerusi 2 Pelan Pascabayar Maxis
- Prestasi Awal Ukur Aras iPhone 12 Pro Max Pada AnTuTu Agak Mengecewakan
- Aplikasi Pelayar Microsoft Edge Kini 13% Lebih Pantas
- Samsung Mendakwa Galaxy Z Flip Mampu Bertahan Sehingga 200 Ribu Kali Ulang Lipat
- Walaupun Selepas 4 Tahun, Peranti Xiaomi Ini Didakwa Masih Ramai Menggunakannya
- Imej Poco X2 Terdedah Dan Akan Menyokong Ciri Pengecasan Pantas 27W
- Menara Komunikasi Digi, Maxis Dan Celcom Terbakar, Pulih Selewatnya Ahad Ini
- Lebih 10 Ribu Aplikasi Android Dalam Telefon Pintar Samsung Galaxy Didakwa Dihadkan Prestasinya
- Microsoft Mengesahkan Mereka Telah Membayar Sebanyak USD4.4 Juta Kepada Penggodam
- Astro Perkenalkan Ciri Profil Multipengguna Untuk Ultra & Ulti Box Dan Astro GO