Microsoft Akan Menamatkan Sokongan Format Fail .epub Pada Pelayar Microsoft Edge Tidak Lama Lagi

Pengguna disyorkan menggunakan aplikasi dari Microsoft Store.


Microsoft pada lewat Ogos lalu telah memaklumkan bahawa mereka akan menamatkan sokongan terhadap format fail .epub pada pelayar Microsoft Edge dalam tempoh beberapa bulan akan datang tahun ini.

Bermakna, pengguna yang gemar menggunakan pelayar tersebut bagi membaca buku elektronik berformat .epub tidak lagi boleh berbuat demikian pada masa akan datang.



Pihak Microsoft tidak memaklumkan sebab langkah mereka itu sebaliknya meminta pengguna supaya memuat turun aplikasi pembaca buku digital di laman Microsoft Store mereka.

Malah Microsoft juga menjanjikan akan lebih banyak aplikasi pembaca buku digital akan ditawarkan di Microsoft Store hasil kolaborasi bersama rakan kongsi mereka dan DAISY Consortium. Aplikasi-palikasi tersebut dijangka akan ditawarkan di Microsoft Store selepas bulan September ini.

Berkaitan