Microsoft Akan Menamatkan Sokongan Cortana Di Platfom Android Dan iOS Tahun Depan

Bye Cortana.


Microsoft telah mengumumkan bahawa mereka tidak lagi akan menyokong ciri arahan suara Cortana pada peranti Android dan iOS bermula 2020 nanti.

Berdasarkan kepada makluman oleh Microsoft di laman sokongan rasmi mereka, selepas 31 Januari 2020, ciri arahan suara itu tidak lagi disokong sepenuhnya oleh mereka.

"After January 31st, 2020, the Cortana mobile app on your phone will no longer be supported and there will be an updated version of Microsoft Launcher with Cortana removed. " Microsoft.

Penamatan sokongan ini adalah tindakan susulan selepas Microsoft akan mengintergrasikan Cortana ke dalam aplikasi Microsoft 365.

Sebarang kandungan yang dicipta menggunakan Cortana ketika ini pada peranti pintar seperti peringatan dan senarai kerja tidak lagi berfungsi pada aplikasi tersebut. Sebaliknya ia dipindahkan secara automatik ke dalam Cortana di sistem operasi Windows.

" At that point, the Cortana content you created–such as reminders and lists–will no longer function in the Cortana mobile app or Microsoft Launcher, but can still be accessed through Cortana on Windows. Also, Cortana reminders, lists, and tasks are automatically synced to the Microsoft To Do app, which you can download to your phone for free.".

Berkaitan