Microsoft Akan Memperkenalkan Ciri 'Sleeping Tabs' Pada Pelayar Edge

Microsoft kini dalam peringkat mencuba ciri terbaru pada pelayar Microsoft yang dinamakan sebagai 'Sleeping Tabs'.

Ciri baru ini didakwa akan dapat menjimatkan penggunaan memori pelayar Edge sehingga 26%.

Malah Microsoft mendakwa ciri tersebut mampu mengurangkan penggunaan kuasa pemprosesan sehingga 29%. Sekaligus memberikan manfaat yang besar pada pengguna yang menggunakan Edge di komputer riba.

"We built upon the freezing technology to create sleeping tabs. This feature allows inactive background tabs to “go to sleep,” releasing system resources after a set amount of time." Microsoft.

Kapsyen: Perbezaan ciri Sleeping Tabs pada penggunaan memori pelayar Edge. Sumber: Microsoft


Kapsyen: Perbezaan penggunaan kuasa pemprosesan apabila ciri Sleeping Tabs diaktifkan. Sumber: Microsoft


Anda sudah boleh cuba mengaktifkan ciri tersebut menerusi Edge://flags > Enable Sleeping Tabs > Sleeping Tabs use observed site characteristics heuristics



Seterusnya, aktifkan semula Edge dan buka Setting > System > Enable Sleeping Tabs.



Dalam tetapan Sleeping Tabs, anda boleh menetapkan masa untuk sesebuah tab tidak aktif.

Ciri baru ini dijangka hanya akan ditawarkan kepada semua pengguna Microsoft Edge dalam kemas kini masa hadapan.

Berkaitan