Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Microsoft Akan Melancarkan Surface Pro 8 Dan Surface Laptop 4 Pada Awal Tahun 2021

Posted on November 27, 2020

Barisan komputer riba Surface Pro mempunyai peminatnya yang tersendiri dan Microsoft dijangka akan melancarkan Surface Pro dan Surface Laptop pada awal tahun 2021.

Baru-baru ini telah terdedah gambar di internet yang menunjukkan komputer riba baharu ini dan dikatakan telah mendapat pengesahan di Korea.

Berdasarkan gambar tersebut juga menunjukkan tiada sebarang perubahan pada reka bentuknya malah mengekalkan reka bentuk yang lama pada kerangka hadapan.

Menurut ciapan Cozyplanes di Twitter, beliau mengesahkan nombor model bagi komputer riba ini iaitu 1950 untuk Surface Laptop dan 1960 bagi Surface Pro.

https://twitter.com/cozyplanes/status/1331969412102909952?s=20

Menerusi laman windows central, sumbernya mengatakan ia menampilkan cip pemproses Intel Gen-11 bersama grafik Intel Iris Xe. Malah, turut ditawarkan dengan cip pemproses Ryzen.

Tambahan lagi, Surface Pro 8 menerima sokongan LTE bagi pengguna yang menginginkannya. Selain itu, Microsoft dijangka akan melancarkan Surface Duo selepas Surface Pro dan Surface Laptop dilancarkan.

Sumber: windows central, cozyplanes

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress