Microsoft Akan Bangunkan "Netflix for games"

Ini mungkin berita gembira buat penggemar permainan video diluar sana kerana Microsoft mempunyai rancangan untuk membangunkan perkhidmatan penstriman permainan.

Melalui Project xCloud, ia bakal membawakan penstriman yang boleh dimain pada mana-mana platform seperti konsol, komputer dan peranti mudah alih.

Mengungkap laporan daripada Business Insider, CEO Microsoft, Satya Nadella, menggambarkan perkhidmatan itu sebagai "Netflix for games".

Pemain boleh menstrim secara terus  permainan secara terus sepertimana cara yang kita lakukan untuk menonton filem di Netflix.

Bagi mengukuhkan lagi pembangunan Project xCloud, Microsoft telah mengambil alih studio pembangunan permainan seperti Ninja Theory, Compulsion Games, Playground Games, Obsidian Entertainment, InXile dan Undead Labs. Syarikat perkomputeran terkenal ini juga telah mewujudkan studio baru, The Initiative.

Penstriman permainan video bukanlah sesuatu yang baru dimana Google sedang menyiapkan Project Stream. Ujian Project xCloud dirancang bakal dijalankan tahun ini.

https://www.youtube.com/watch?v=IzV_xrisMko

Sumber: Business Insider