Mi Watch Kini Rasmi Di Malaysia, Berharga RM469


Xiaomi Malaysia secara rasmi kini mengumumkan ketibaan Mi Watch untuk pasaran tempatan.

harga Mi Watch Malaysia

Mengimbas kembali spesifikasi, Mi Watch dilengkapi skrin berukuran 1.39-inci dengan panel AMOLED, 100 muka jam serta kecerahan 450 nits . Dengan memfokuskan aktiviti kecergasan, terdapat 117 mod senaman dan penarafan kalis air 5ATM yang dimuatkan pada jam pintar ini.



Selain itu, ia turut dibekalkan dengan bateri berkapasiti 420mAh yang mampu bertahan sehingga 16 hari. Terdapat ciri kesihatan yang ditawarkan termasuk denyutan nadi, paras oksigen dalam darah, pemantauan corak tidur, dan tahap tekanan.

harga Mi Watch Malaysia

Antara lainnya adalah sokongan kawalan kamera, Bluetooth 5.0, GPS dan sebagainya. Terdapat tiga pilihan warna yang ditawarkan iaitu Black, Navy Blue dan Beige.

Di Malaysia, Mi Watch ditawarkan pada harga RM469 dan boleh dibeli mulai 20 Januari 2021. Pembelian boleh dilakukan melalui Lazada, Shopee atau secara luar talian di semua Mi Store serta pengedar sah Xiaomi.