Mi True Wireless Earphones 2 Basic Kini Rasmi - Rekaan Kuboid Baharu Dengan Ketahanan Bateri 20 Jam

Xiaomi kini telah mengumumkan sebah fon telinga baharu yang diberi nama Mi True Wireless Earphones 2 Basic. Di China, produk ini adalah fon telinga Mi Airdots 2 SE dan namanya diubah apabila dibawa ke Eropah.

Image

Dengan fon telinga TWS baharu ini, ia membawakan spesifikasi terkini seperti Bluetooth 5.0. Ia direka dan dibuka seperti alat solek yang kompak.

Untuk berat keseluruhan, ia adalah 48g dan mempunyai pemacu audio dinamik 14.2mm. Antara ciri utama adalah mikrofon yang diguakan untuk pembatalan hingar. Ia digunakan untuk menghentikan muzik sejurus fon telinga dikeluarkan dari telinga pengguna.

Image

Kawalan fon telinga adalah berasasan sentuhan pada batangya. Pengguna juga boleh menyeru pembantu maya melalui sentuhan ringkas. Untuk codec, ia menyokong AAC dan SBC.

Bateri fon telinga mampu bertahan selama 5 jam untuk sekali cas penuh. Jika dimasukkan ke dalam pod pengecasan, ia lebih lama dengan 20 jam. Untuk mengecas semula, terdapat lubang USB-C yang boleh dicas penuh dalam masa 1.5 jam. Tiada pengecasan tanpa wayar disertakan sesuai dengan penawaran harga.

Image

Menurut Xiaomi, fon telinga secara automatik akan bersambung ke peranti Xiaomi manakala untuk peranti Android lain atau iOS, anda perlu menyambung secara manual. Di Eropah, Xiaomi menawarkan harga jualan 39 euro (~RM189).