Mi Store Di Mid Valley Megamall Kini Rasmi Dibuka - Pocophone F1 Mula Dijual

Mi Store bertempat di Mid Valley Megamall kini sudah rasmi dimana acara perasmiannya sudah berlangsung sebentar tadi.



Disamping itu, Mi Malaysia juga sudah mula menawarkan peranti dibawah sub jenama baru, Pocophone F1.

Pocophone F1 hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 845, bersama tetapan RAM 6GB dan storan 128GB. Dipasang dengan skrin paparan berukuran 6.18 inci, ia juga mempunyai sistem nyahkunci berasaskan imbasan wajah inframerah dan pengimbas cap jari dibahagian belakang.



Sistem kamera pula menggunakan dwi lensa 12MP+5MP dan kamera selfie 20MP. Paling menarik perhatian adalah penggunaan sistem penyejukan dari sistem LiquidCool.

Ia ditawarkan pada harga RM1428 untuk versi RAM 6GB/128GB dan versi RAM6GB/64GB akan ditawarkan pada LazzMall.

Sebuah lagi versi iaitu RAM 8GB dikhabarkan akan dibawa masuk ke pasaran tempatan tetapi tidak dapat dipastikan bila ia akan ditawarkan.

Kapsyen: Tiga pemilik pertama Pocophone F1