Mi Store Bakal Dibuka Di Nu Sentral Tidak Lama Lagi

Xiaomi bakal menambah lagi senarai kedai rasmi mereka tidak lama lagi dan ia akan bertempat di ibu negara.

Berdasarkan laporan dari laman Lowyat.net, cawangan baru Mi Store itu akan dibuka di Nu Sentral Kuala Lumpur bermula sekitar bulan April hadapan.

Pelbagai peranti serta aksesori menarik dari Xiaomi boleh anda dapati dari rangkaian Mi Store ini.



Sumber: Lowyat.net