Mi Sphere Camera Dan Mi Dash Cam Sudah Mula Dijual Di Mi Store

Pengguna tempatan mungkin lebih mengenali Xiaomi melalui telefon pintar berbanding produk yang lain.

Bagi mempelbagaikan lagi penawaran untuk pasaran Malaysia, Xiaomi dilihat sudah mula menyenaraikan dua gajet iaitu Mi Sphere Camera Kit dan Mi Dash Cam.

Membolehkan rakaman bersudut 360 darjah, Mi Sphere Camera dilengkapi dengan dua sensor Sony IMX 206 yang berupaya menghasilkan gambar 23.88MP dan video beresolusi 3.5K.



Mempunyai pensijilan kalis air IP67, ia sesuai digunakan untuk platform Android, iOS dan Windows. Kamera dengan bateri berkapasiti 1600mAh ini dijual pada harga RM 1198.

https://www.youtube.com/watch?v=pv-zrao_Rcs

Satu lagi produk berasaskan kamera adalah Mi Dash Cam untuk kegunaan di dalam kereta.



Hadir dengan rekaan skrin LCD TFT HD berukuran 3 inci, pemprosesan Mstar MSC8338p dan sensor Sony Exmor IMX323, digandingkan bersama lensa 160 darjah berserta aperture F1.8.

Mampu menghasilkan video beresolusi 1920 x 1080, ia menyokong kad memori MikroSD sehingga 64GB. Mempunyai butang sesentuh kapasitif untuk navigasi dan dijana kuasa bateri 240mAh.

Mi Dash Cam dijual di Mi Store Lazada pada harga RM 248.

https://www.youtube.com/watch?v=SP4AzIW1Eck

Sumber: SoyaCincau