Mi Smart Band 5 didatangkan dengan paparan AMOLED 1.1 inci. Ia hadir dengan paparan berwarna dengan 65 pilihan tema yang boleh disesuaikan.
Selain paparan berwarna, ia mengemaskini pengesanan kecergasan serta ciri pengecasan magnetik. Berbanding model sebelumnya, pengecasan magnetik diletakkan pada bahagian bawah peranti tanpa perlu menanggalkannya daripada tali.
Peranti ini dilengkapi 11 mod kecergasan dan ciri khusus iaitu penjejakan kitaran haid untuk wanita, pengesanan tahap tekanan, latihan pernafasan, matriks kesihatan PAI dan sebagainya.
Dari segi janaan kuasa, ia dimuatkan dengan 125mAh bateri yang dikatakan mampu bertahan sehingga 14 hari. Peranti ini juga mempunyai sokongan ketahanan air 5ATM.
Mi Smart Band 5 hadir dengan 6 pilihan warna iaitu Black, Orange, Navy Blue, Yellow, Teal dan Mint Green.
Peranti ini telah mula dijual pada hari ini dan ditawarkan dengan harga RM169. Pembelian Mi Smart Band 5 boleh dilakukan melalui Lazada (https://invol.co/cls3pl) atau Shopee (https://invol.co/cls3pb).
Berkaitan
- narzo 30A Rasmi Untuk Pasaran Malaysia, Ditawarkan Pada Harga RM499
- AirPods Max Rasmi Dilancarkan, Berharga RM2399
- Xiaomi Dilapor Dalam Perancangan Untuk Bangunkan Kereta Sendiri
- Pendaftaran Dan Tuntutan Kredit e-Tunai RM100 Dibuka Mulai Minggu Depan
- Ini Adalah Senarai Peranti Xiaomi Yang Tidak Lagi Terima Sokongan Kemas Kini
- Pengguna Disaran Kemas Kini iOS Security Response iOS 16.5.1 (c)
- Kegawatan Ekonomi Global, Ini Antara 'Gergasi' Teknologi Yang Terkesan
- iOS 16.5 Tampal Sejumlah 39 Kelemahan Keselamatan, Disaran Kemas Kini Segera
- Tiga Beradik Daki Bukit 20 Minit Untuk Dapatkan Akses Internet
- iPhone 15 Dilapor Akan Menyokong Pengecasan Lebih Pantas