Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Mi Pad 5 Akan Sertai Mi Mix 4, Dilancarkan Pada Minggu Hadapan

Posted on Ogos 6, 2021

Penantian yang ditunggu-tunggu ramai, Xiaomi akhirnya mengesahkan pelancaran Mi Pad 5 pada 10 Ogos ini. Secara tidak langsung, dua peranti sudah pasti diperkenalkan pada hari tersebut.

Walaupun begitu, Xiaomi tidak banyak berkongsikan maklumat berkaitan tablet ini. Namun, pada posternya boleh dilihat ia menerima sokongan pen stylus. Cumanya, adakah ia didatangkan sekali atau dijual secara berasingan seperti Apple.

Selain itu, dikhabarkan terdapat varian standard, Lite dan juga Pro dimana mereka mungkin dikuasakan Snapdragon 870 dan Snapdragon 860.

Seperti yang diketahui, peminat di Malaysia sudah boleh menghitung hari memandangkan ia telah pun menerima pengesahan SIRIM. Mungkinkah tablet Xiaomi bakal jadi fenomena tablet Android selepas ini? Sama-sama kita lihat.

Sumber: xiaomi weibo

Baca juga artikel berkaitan:

  • Xiaomi Berjaya Pintas Samsung Jadi Pengeluar Telefon Terbesar Dunia Untuk Seketika
  • Xiaomi Mengacah Mi Mix 4 Dengan Paparan Penuh, Bakal Beri Kejutan
  • Ini Adalah Siri Redmi Note 10 Pertama Yang Terima Penarafan IP68

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress