Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mi Notebook Pro Dikuasakan Dengan Intel Core Generasi-8 Dilancar Secara Rasmi

Mi Notebook Pro Dikuasakan Dengan Intel Core Generasi-8 Dilancar Secara Rasmi

Diterbitkan September 11, 2017 ยท Dikemas kini September 12, 2017 oleh Helmi Samsuri

Memasuki usia setahun Xiaomi dalam pasaran laptop dengan pengenalan Mi Notebook Air, kini mereka tampil lebih yakin dengan model terbaru, Mi Notebook Pro.

Hadir dengan skrin 15.6 inci, Mi Notebook Pro bakal dikuasakan dengan cip pemproses Intel Core i7 Generasi ke-8 disamping RAM 16GB serta SSD 256 GB.

Dibahagian grafik pula, ia akan menggunakan Nvidia GeForce MX 150 yang dijual pada harga 7000 yuan (~RM4504.43). Anda juga boleh mendapatkan laptop yang sama tetapi dengan RAM 8 GB dengan harga sekitar ~RM4100

Xiaomi turut menawarkan variasi i5 yang dipasarkan dengan harga 5600 yuan atau bersamaan dengan ~RM3603.54 berdasarkan tukaran matawang semasa.

Melihat kepada GPU yang digunakan, ia bukanlah laptop berprestasi tinggi untuk permainan video tetapi ia lebih sesuai bagi proses suntingan gambar dan juga video.

Antara ciri menarik lain ialah ia dilengkapi dengan beberapa jenis port seperti

  • slot kad SD 3-dalam-1,
  • 2 port USB Type-C
  • HDMI
  • 2 port USB 3.0
  • bicu fon kepala 3.5mm

https://twitter.com/xiaomi/status/907127671808602112/photo/1?ref_src=twsrc%5Etfw&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.cnet.com%2Fproducts%2Fxiaomi-mi-notebook-pro%2Fpreview%2F

Mi Notebook Pro Dikuasakan Dengan Intel Core Generasi-8 Dilancar Secara Rasmi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY