Mi Mix 3 Sudah Diumumkan - Kamera Depan Tersembunyi Dan RAM 10GB

Syarikat pengeluar yang semakin meningkat naik dari China, Xiaomi, telah mengumumkan sebuah model baru dalam siri Mi Mix dikenali sebagai Mi Mix 3.

Siri Mi Mix memang terkenal dengan rekaan berbezel nipis dan pada model terbaru ini, konsep yang sama diterapkan dan menariknya lagi, kamera selfie disorokkan disebalik skrin paparan.

Kapsyen: Kredit foto: The Verge


Bagi membolehkan lensa kamera disembunyikan, mekanisme gelongsor digunakan. Xiaomi menyatakan nisbah skrin-ke-badan adalah 93.4%. Skrinnya adalah dari jenis AMOLED berukuran 6.4 inci dengan nisbah paparan 19.5:9.

Sistem kameranya terdiri daripada 12MP (sudut lebar) + 12MP (telefoto) untuk bahagian belakang dan bahagian hadapan menggunapakai lensa 24MP+2MP. Sistem imbasan cap jari berada dibelakang.

Kapsyen: Kredit foto: The Verge


Mi Mix 3 akan dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 845 dan digandingkan bersama RAM 10GB bagi edisi istimewa Forbidden City.





Difahamkan pengecas 10W akan dibekalkan sekali didalam kotak dan ia ditawarkan dalam tiga variasi warna; Onyx Black, Jade Green, dan Sapphire Blue.

Harga berbeza mengikut saiz storan seperti berikut:

  • 6GB/128GB - 3299 yuan (~RM 1980)

  • 8GB/128GB - 3599 yuan (~RM 2160)

  • 8GB/256GB - 3999 yuan (~RM 2401)


Versi RAM 10GB Forbidden City diletakkan pada nilai 4999 Yuan iaitu sekitar ~RM3001 mengikut kadar tukaran matawang asing semasa.

Untuk model 5G, ia dikhabarkan pelancarannya dibuat pada suku pertama 2019.

Sumber: Android Authority