Mi Mix 2S Turun Harga, Boleh Dimiliki Pada Nilai RM1399

Dengan pengumuman kehadiran Mi Mix 3 ke pasaran tempatan 2 hari lagi (12 Januari 2019), ia memberi peluang penurunan harga kepada model sebelumnya.

Mi Mix 2s pertama kali membuat kemunculan dalam negara pada 24 Mei 2018, telah diturunkan harga kepada RM1399 bagi variasi RAM 6GB+64GB. Sementara itu sebuah lagi versi iaitu RAM 6GB+128GB berada pada nilai terkini RM 1699.



Pembelian boleh dibuat di Lazada, Shopee atau Mi Store yang berdekatan dengan anda.

Berikut merupakan spesifikasi ringkas Mi Mix 2s:

  • Skrin IPS LCD 5.99 inci Full HD

  • Dwi kamera utama 12MP+12MP

  • Lensa tunggal bagi kamera selfie 5MP

  • Snapdragon 845

  • RAM 6GB dan memori storan 64GB

  • Bateri 3400mAh dengan pengecasan pantas Quick Charge 3.0