Mi Mix 2 Edisi Istimewa Kini Ditawarkan Di Malaysia

Bersama-sama dengan pelancaran Redmi 5 dan Redmi 5 Plus untuk pasaran tempatan semalam, Mi Malaysia turut menawarkan sebuah lagi model edisi istimewa untuk peminat jenama dari China itu.

Xiaomi Mi Mix 2, peranti yang mempunyai rekaan berbingkai nipis ini hadir dipasaran negara pada November tahun lalu dan bakal menambah seri model ini, edisi istimewa dengan rekaan seramik putih.



Tidak lupa juga bahagian memori dipertingkatkan daripada keluaran terdahulu dimana versi ini membawakan RAM 8GB dan ruangan simpanan dalaman berkapasiti 128GB.

Lain-lain spesifikasi masih sama seperti model asal. Ringkasannya seperti dibawah:

  • Skrin 5.99 inci

  • Snapdragon 835

  • Kamera utama 12MP dan kamera swafoto 5MP

  • Bateri 3400mAh


Harga jualan yang ditetapkan adalah RM2699, lebih mahal sedikit berbanding Mi Mix 2 yang biasa.