Mi Malaysia Bawa Masuk Mi A2 Dan Mi A2 Lite Pada 3 Dan 18 Ogos Ini

Sudah seminggu pelancaran Xiaomi Mi A2 dan Mi A2 Lite yang berlangsung di Madrid.

Merupakan model kesinambungan dari peranti kelas pertengahan terhangat, Mi A1, kedua-duanya akan dibawa masuk untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.



Perkara ini telah disahkan Mi Malaysia pada satu acara taklimat media hari ini. Mi A2 akan diperkenalkan pada Jumaat, 3 Ogos, sementara versi Lite pula akan ditawarkan pada 18 Ogos hadapan.





Mi A2 versi RAM 4GB/64GB storan akan dijual pada harga RM 999 dan versi RAM 6GB/128GB didagangkan pada nilai RM1199.

Variasi Lite dengan RAM 3GB serta storan sebesar 32GB diletakkan pada tanda harga RM699.

Tertanya-tanya tentang perbezaan Mi A1, Mi A2 dan Mi A2 Lite? Boleh baca disini.