Mi Malaysia Akan Melancarkan Redmi 5 (2GB+16GB) 23 Februari Ini

Redmi 5 dan Redmi 5 Plus telah dirasmikan dengan jayanya untuk pasaran Malaysia pada awal bulan ini.

Kedua-duanya membawakan memori RAM sebesar 3GB dan ruang simpanan bersaiz 32GB. Masing Masing dijual pada harga RM 679 dan RM749.



Untuk mempelbagaikan lagi variasi penawaran bagi pasaran tempatan, Mi Malaysia dilapor akan memperkenalkan Redmi 5 RAM 2GB/16GB dan sebuah lagi model, Redmi 5 Plus RAM 4GB/64GB.



Harga jualan untuk versi baru ini akan didedahkan pada hari pelancaran iaitu 23 Februari 2018 bersamaan hari Jumaat.

Sumber: Mi Malaysia