Mi Laptop Pro Diperkenalkan, Tampil Dengan Paparan OLED

Semasa acara Xiaomi sebentar tadi, mereka turut memperkenalkan komputer riba baharu, iaitu Mi Laptop Pro 14 dan Mi Laptop Pro 15.



Kedua-duanya dimuatkan dengan cip janaan Intel Core Gen 11 dan GPU Nvidia MX450. Menurut Xiaomi, cip pemproses AMD Ryzen akan tiba pada Mei ini.



Namun, tumpuan utama pada Mi Laptop tersebut adalah paparan yang ada padanya. Terdapat sedikit perbezaan paparan Mi Laptop Pro 14 dan 15.

Mi Laptop Pro 14 tampil dengan paparan OLED beresolusi 2.5K dan kadar penyegaran 120Hz.



Tambahan lagi, paparan dengan nisbah 16:10 ini turut menerima perakuan TÜV Rheinland untuk cahaya biru yang sedikit. Malah, ia turut mempunyai warna yang agak baik kerana mempunyai ΔE≈1.5 True Color.

Manakala Mi Laptop Pro 15, ia dilengkapi panel E4 OLED dengan resolusi 3.5K, gamut warna DCI-P3, ΔE≈1 True Color, kecerahan sehingga 600 nits dan masih menerima perakuan TÜV Rheinland.



Bateri berkapasiti dimuatkan sebesar 66Whr untuk Mi Laptop Pro 15 sementara varian 14 inci pula adalah 56Whr. Akan tetapi, kedua-duanya hadir dengan pengecasan pantas 100W.

Antara ciri lain adalah sistem penyejukan yang baik, WiFi 6, Thunderbolt 4 dan juga pembantu AI Xiaomi.

Harga


Berikut adalah harga bagi Mi Laptop Pro 15:

  • i5+16GB+512GB SSD - 6499 yuan (~RM4094)

  • i7+16GB+512GB SSD - 6999 yuan (~RM4409)

  • i7+16GB+512GB SSD - 7999 yuan (~RM5039)


Berikut adalah harga bagi Mi Laptop Pro 14:

  • i5+16GB+512GB SSD - 5299 yuan (~RM3338)

  • i5+16GB+512GB SSD - 5999 yuan (~RM3779)

  • i7+16GB+512GB SSD - 6999 yuan (~RM4409)


Buat masa sekarang, kedua-dua Mi Laptop Pro hanya terhad di China sahaja dan mungkin bakal tiba di Malaysia tidak lama lagi.