Mi Band 4 Bakal Hadir Dengan Paparan Berwarna

Xiaomi bakal mengeluarkan jam kecerdasan yang merupakan urutan dari keluaran tahun lepas iaitu Mi Band 3 dan sekarang, Mi band 4. Peranti itu dijangka bakal dilancarkan dalam tahun ini.


Syarikat besar dari China itu tidak tergesa-gesa dalam mengeluarkan Mi Band 4 kerana jualan Mi Band 3 masih lagi berjalan dengan lancar.

 



Jika Mi Band 4 sudah dilancarkan nanti, antara ciri yang bakal hadir melengkapkan peranti ini adalah NFC serta Bluetooth SIG (Special Interest Group). Ciri-ciri yang ada pada versi Bluetooth 5.0 LE (Low Energy) itu akan meningkatkan kadar penghantaran data, kegunaan kuasa bateri akan dikurangkan dan jarak lebar jaringan akan dibesarkan.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh ketua pegawai kewangan Huami Corporation, David Cui, menyatakan peranti itu bakal dipasang beberapa fungsi pengawasan kesihatan.



 

Berbalik kepada paparan skrin Mi Band 4, peranti itu akan dipasang paparan skrin berwarna yang pertama pada siri Mi Band dan sudah pasti, akan membuatkan antaramuka lebih menarik berbanding dari paparan skrin LCD hitam putih pada model-model terdahulu.



Paparan skrin berwarna menggunakan lebih tenaga kuasa dan untuk itu, Xiaomi dikatakan meningkatkan kapasiti bateri 135 mAh pada Mi Band 4 dari 110 mAh pada Mi Band 3.

Selain paparan skrin berwarna, Mi Band 4 juga bakal hadir dengan butang kapasitif, pengawasan kadar degup jantung, serta ciri pembantu maya disebut sebagai Xiao AI. Namun begitu, ciri ini berkemungkinan terhad bagi pengguna di China sahaja. Ia masih belum rasmi dan sama-sama kita nantikan pengumuman dari Xiaomi kelak.

Sumber: Giz China Sumber 1, Sumber 2, Sumber 3.