Diperkenalkan terlebih dahulu di China pada Mei lalu, penantian peminat tempatan sudah terjawab dimana model K20 yang membawa nama Mi 9T akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada minggu hadapan, 20 Jun 2019.
Sebuah lagi variasi dengan spesifikasi lebih berkuasa, K20 Pro yang bakal membawa nama Mi 9T Pro pula masih menjadi tanda tanya bilakah penawaran untuk pasaran tanah air akan dibuat. Berdasarkan perkongsian screenshot salah seorang pengguna Facebook diruangan komen, dikhabarkan model Mi 9T Pro bakal tiba sekitar penghujung bulan Ogos.
Ia sedikit sebanyak membayangkan bahawa versi Pro akan dibawa masuk ke Malaysia dan berkemungkinan Mi Malaysia akan membuat pengumuman rasmi mengenainya tidak lama lagi. Walaupunbegitu, ini hanyalah perkhabaran awal sahaja dan kita perlu nantikan maklumat lanjut dari Mi Malaysia. *Kemaskini: masih belum pasti lagi sama ada Mi 9T Pro akan ditawarkan di Malaysia ataupun tidak.
Dijenamakan semula daripada model Redmi K20 Pro, Mi 9T Pro dilengkapi dengan spesifikasi terdiri dari cip Snapdragon 855, skrin OLED 6.39 inci, pilihan RAM 6GB/8GB dan memori simpanan antara 64GB sehingga 256GB.
Rakaman foto hadapan pula menggunakan kamera 20MP dengan mekanisme terangkat sementara bahagian belakang mempunyai kombinasi tiga kamera, 48MP (f/1.75, Sony IMX586), 8MP (f/2.4) 2x telefoto, 13MP (f/2.4) ultra lebar. Bateri yang dibekalkan pula sama seperti versi K20/Mi 9T iaitu 4000mAh tetapi dengan pengecasan pantas lebih berkuasa, 27W.
Bagi pasaran China, ia dijual pada harga 2499 yuan (~RM1517) hingga 2999 yuan (~RM1820).
Berkaitan
- Cyberjaya Bakal Laksana e-Dompet TaPay, Mahu Jadi Bandar Tanpa Tunai Pertama Di Malaysia
- Siri Reno 4 Dilancarkan Di Malaysia, Harga Bermula Dari RM1699
- Dilaporkan 46.2 Juta Nombor Telefon Rakyat Malaysia Terlibat Dalam Pencerobohan Data
- AirAsia Unlimited Pass Kini Dilanjutkan Sehingga 30 Jun 2021
- Tiada Lagi Gambar Telur Untuk Profil Baru Di Twitter
- Honor 6X Dilancarkan Di Malaysia Bermula Dengan Harga RM1199
- ASUS Malaysia Umum VivoBook Ultra K403, Harga Bermula Dari RM2699
- Vivo S1 Kini Rasmi - Paparan Super AMOLED Dengan Bateri 4500mAh
- MYTV Akan Dihapuskan? Ini Tweet Balas Daripada Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia
- OPPO Malaysia Turunkan Harga Jualan OPPO F11 Pro