Mi 9 SE Diumumkan Secara Rasmi, Dijual Pada Harga RM 1299 Dan RM1499

Reading Time: 1 minute

Setelah memperkenalkan Mi 9 pada awal bulan ini, Mi Malaysia sekali lagi tampil memperkenalkan Mi 9 SE secara rasmi bagi penawaran pasaran tempatan.

Model “adik” kepada Mi 9 ini hadir dikuasakan dengan Snapdragon 712 dan merupakan peranti pertama yang dilengkapi dengan cip tersebut.

Dibahagian memori menggunapakai RAM 6GB dengan pilihan memori simpanan data 64GB serta 128GB.

Spesifikasi kamera pula menampilkan tri-kamera 48MP+13MP+8MP sementara bahagian hadapan pula diletakkan dengan kamera 20MP. Mi 9 SE dimuatkan dengan bateri berkapasiti 3070mAh dengan port pengecasan USB-C.

Lain-lain ciri yang boleh didapati termasuklah sokongan NFC dan pengecasan tanpa wayar 18W. Ia akan dijual pada harga RM1299 untuk RAM 6GB/64GB storan dan RM 1499 untuk RAM 6GB/128GB storan.

Mi 9 SE akan bermula pada 4 Mei 2019 dan pada tarikh itu sehingga 12 Mei 2019, Mi Malaysia mengadakan promosi dimana pembeli akan menerima Mi Power Bank 2s 10000mAh secara percuma.

Bagi yang masih tertanya-tanya tentang Redmi Note 7 Pro untuk pasaran Malaysia, Mi Malaysia menyatakan ia tidak akan ditawarkan untuk pembeli tempatan.

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *