Melalui acara yang berlangsung hari ini, Xiaomi secara rasmi mengumumkan Mi 11 Pro sebagai ahli keluarga baru dalam barisan peranti siri Mi 11.
Dari segi rekaan, ia mempelihatkan tiada banyak perbezaan dengan rekaan Mi 11.
Mi 11 Pro dilengkapi skrin paparan E4 AMOLED berukuran 6.81-inci dengan resolusi 2K serta sokongan kadar segar semula 120Hz. Ia juga mempunyai perlindungan Corning Gorilla Glass Victus.
Sama seperti Mi 11, Mi 11 Pro turut hadir dengan janaan cip pemproses Snapdragon 888.
Beralih ke bahagian kamera, Mi 11 Pro menampilkan sensor 50MP ISOCELL GN2 pada lensa utama. Sensor ini mempunyai saiz fizikal sebesar 1/1.12-inci dengan saiz piksel mencecah 1.4μm serta dilengkapi Dual Pixel Pro, yang menawarkan auto-fokus lebih pantas.
Dua lagi lensa menggunakan sensor 8MP periskop telefoto dengan 50x zum serta 13MP ultra-lebar. Peranti ini turut menyokong rakaman video sehingga 8K.
Menariknya pada Mi 11 Pro, ia hadir dengan sokongan penarafan kalis air dan debu IP68 sehingga 1.5 meter dengan ketahanan dalam tempoh 30 minit. Ia sekali gus menjadikan Mi 11 Pro peranti pertama dari Xiaomi yang hadir dengan ketahanan IP68.
Kapasiti bateri yang dimuatkan pada Mi 11 Pro adalah 5,000mAh dengan teknologi bateri baharu yang menggunakan silikon-oksida. Ia menyokong pengecasan berwayar 67W dan pengecasan tanpa wayar 67W. Menurut Xiaomi, pengisian penuh Mi 11 Pro mampu diisi dalam tempoh 36 minit sahaja.
Antara lainnya adalah sokongan audio dari Harman Kardon dengan pembesar suara stereo, Wi-Fi 6 dan sebagainya.
Harga
Harga jualan Mi 11 Pro adalah seperti berikut:
- RAM 8GB/128GB – 4999 yuan (~RM3155)
- RAM 8GB/256GB – 5299 yuan (~RM3344)
- RAM 12GB/256GB – 5699 yuan (~RM3597)
Peranti ini hanya khusus untuk pasaran China dan tidak ditawarkan untuk pasaran global.