Mi 10T Pro Akan Dijual Bermula 9 Oktober, Berpeluang Menang Mi TV 55"

Melalui acara yang berlangsung semalam, Xiaomi Malaysia telah mengumumkan ketibaan Mi 10T dan Mi 10T Pro untuk pasaran tempatan.



 

Bagi Mi 10T Pro, ia dilengkapi skrin IPS LCD 6.67 dengan kadar segar semula 144Hz, cip pemprosesan Snapdragon 865, pengecasan pantas 33W serta rangkaian 5G. Peranti ini dimuatkan dengan tetapan tiga kamera iaitu 108MP utama, 13MP sudut lebar dan 5MP makro.

Ia didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu Cosmic Black, Lunar Silver dan Aurora Blue.

jualan Mi 10T Pro

Mi 10T Pro ditawarkan pada harga RM1,999 untuk RAM 8GB/256GB dan akan dijual di Lazada bermula 9 Oktober 2020. Bagi anda yang ingin mendapatkan peranti ini, Xiaomi menawarkan Mi True Wireless Earphones 2 Basic secara percuma untuk pembelian 300 yang terawal serta penebusan keahlian Netflix selama 6 bulan terhad kepada 4000 unit.

Xiaomi turut menyediakan 30 unit Mi TV 55" untuk dimenangi bagi setiap pelanggan ke-10, 20, 30 dan seterusnya. Setiap pembelian dengan ulasan terbaik Mi 10T Pro juga berpeluang memenangi Mi TV 55".