Mi 10T Akan Rasmi Di Malaysia Pada 6 Oktober Depan

Dijadualkan pengenalannya untuk pasaran global pada Rabu hadapan. Kini perkhabaran terbaru, siri Mi 10T akan diumumkan untuk pasaran Malaysia. Acara pelancaran tempatan tersebut akan diadakan pada 6 Oktober.



Berdasarkan desas-desus sebelum ini, dua daripada model dalam keluarga baru itu akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 865 serta mempunyai kadar segar semula skrin 144Hz. Namun skrin yang digunakan mungkin dari jenis LCD.



Selain itu, perbezaan ketara antara versi standard dan Pro adalah pada konfigurasi kamera utama. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai penawaran global, sama-sama kita nantikan 30 September ini. Sementara itu untuk, harga rasmi Malaysia, kita perlu tunggu 6 Oktober depan.