Mi 10 Ditawarkan Pada Harga Bermula RM1999 Sempena Ulangtahun Ke-10 Xiaomi

Xiaomi baru sahaja meraikan ulangtahun ke-10 baru-baru ini. Sempena itu, Xiaomi Malaysia bakal menawarkan promosi potongan harga istimewa bagi model Mi 10. Promosi istimewa ini akan berlangsung dari 17 hingga 21 Ogos 2020.

Mi 10 dengan varian RAM 8GB+128GB akan ditawarkan pada harga RM1999 berbanding harga asal RM2799. Sementara varian RAM 8GB+256GB yang berharga RM2999 akan menerima potongan sebanyak RM500.



Menyentuh spesifikasi, peranti ini dikuasakan cip pemproses Snapdragon 865. Ia hadir dengan skrin bersaiz 6.67 inci AMOLED Full HD, kadar segar semula 90Hz, kamera swafoto 20MP dan RAM LPDDR5.

Peranti ini dimuatkan tetapan 4 kamera dengan 108MP sensor utama, 13MP sudut lebar, 2MP depth, dan 2MP makro.

Ia ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Coral Green dan Twilight Grey. Untuk mendapatkan Xiaomi Mi 10 pada harga promosi, ia akan tersedia bermula 17 hingga 21 Ogos 2020 menerusi Lazada dan pengedar sah Mi Store.