Hari ini, pengecas tanpa wayar tempatan iaitu Malaysia Energy Transmission Technology (METT) diperkenalkan selaku pengecas tanpa wayar nanoteknologi pertama Malaysia.
Teknologi yang digunakan adalah berasaskan frekuensi radio jarak jauh antara unit pemancar dan penerima.
Ia telah dihasilkan oleh Enhance Track Sdn Bhd dan NanoMalaysia Bhd dan turut juga bertindak sebagai syarikat yang akan mengkomersialkan produk ini.
METT menggunakan kuasa 5V untuk mengecas. Apa yang menarik mengenai METT berbanding teknologi pengecasan tanpa wayar yang lain adalah ia mampu untuk mengecas lebih jauh sehingga beberapa meter.
Pengecas ini dijangka akan memasuki pasaran dan dijual menjelang pertengahan tahun 2021 kelak.
Untuk harga jualan, unit pemancar dijangka dijual berharga dari RM1000 ke RM2000, manakala unit penerima pula RM300 ke RM500.
Harga jualan ini walaupun dilihat agak tinggi, namun ia adalah masuk akal melihatkan teknologi pengecasan jarak jauh yang ditawarkan berbeza dari mana-mana pengecasan tanpa wayar lain yang sedia ada.
Pelancaran pengecas tanpa wayar ini telah dirasmikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)), Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Maklumat. spesifikasi dan harga jualan mengenai METT mungkin akan dikongsi pada masa akan datang.
Sumber: METT
Berkaitan
- Samsung Galaxy Tab A7 Kini Di Malaysia Pada RM999 - Tablet 7040mAh Dengan Cip Snapdragon 662
- UMT Bangunkan Aplikasi Sistem Ramalan Laut Lebih Tepat Berbanding Satelit
- Disangka Cip Pemprosesan Baharu, Rupanya A12Z Bionic Pada iPad Pro 2020 Hanyalah Cip A12X Bionic Sahaja
- Siri vivo X50 Dengan Kamera Gimbal Akan Dilancarkan Di Malaysia 21 Julai Ini
- iPhone 12 Pro Dan Pro Max Rasmi Dilancarkan - Rekaan Serba Baharu, Harga Bermula RM4,899
- OPPO Reno3 Versi Global Dilancarkan - Cip Helio P90, Swafoto 44MP, Dan Bateri 4,025mAh
- Baby Shark Dance Pintas Despacito Sebagai Video YouTube Dengan Jumlah Tontonan Tertinggi
- Ini Merupakan Fungsi Terbaharu Kemaskini Feature Drop Bulan Mac Untuk Google Pixel
- Berbaloi Atau Tidak Untuk Membeli Peranti Pintar 5G Sekarang Ini?
- OnePlus 8T Edisi Khas Cyberpunk 2077 Bakal Diperkenalkan Bulan Hadapan