Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
METT: Pengecas Tanpa Wayar Nanoteknologi Pertama Malaysia, Mengecas Dari Jarak Beberapa Meter

METT: Pengecas Tanpa Wayar Nanoteknologi Pertama Malaysia, Mengecas Dari Jarak Beberapa Meter

Diterbitkan September 29, 2020 · Dikemas kini September 29, 2020 oleh Meor Hasyim

Dengan kehadiran lebih banyak produk yang boleh dicas tanpa menggunakan kabel atau wayar, kewujudan lebih banyak pengecas tanpa wayar memberikan pilihan yang pelbagai untuk pengguna.

Hari ini, pengecas tanpa wayar tempatan iaitu Malaysia Energy Transmission Technology (METT) diperkenalkan selaku pengecas tanpa wayar nanoteknologi pertama Malaysia.

Teknologi yang digunakan adalah berasaskan frekuensi radio jarak jauh antara unit pemancar dan penerima.

METT: Pengecas Tanpa Wayar Nanoteknologi Pertama Malaysia, Mengecas Dari Jarak Beberapa Meter

Ia telah dihasilkan oleh Enhance Track Sdn Bhd dan NanoMalaysia Bhd dan turut juga bertindak sebagai syarikat yang akan mengkomersialkan produk ini.

METT menggunakan kuasa 5V untuk mengecas. Apa yang menarik mengenai METT berbanding teknologi pengecasan tanpa wayar yang lain adalah ia mampu untuk mengecas lebih jauh sehingga beberapa meter.

METT: Pengecas Tanpa Wayar Nanoteknologi Pertama Malaysia, Mengecas Dari Jarak Beberapa Meter

Pengecas ini dijangka akan memasuki pasaran dan dijual menjelang pertengahan tahun 2021 kelak.

Untuk harga jualan, unit pemancar dijangka dijual berharga dari RM1000 ke RM2000, manakala unit penerima pula RM300 ke RM500.

Harga jualan ini walaupun dilihat agak tinggi, namun ia adalah masuk akal melihatkan teknologi pengecasan jarak jauh yang ditawarkan berbeza dari mana-mana pengecasan tanpa wayar lain yang sedia ada.

Pelancaran pengecas tanpa wayar ini telah dirasmikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)), Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Maklumat. spesifikasi dan harga jualan mengenai METT mungkin akan dikongsi pada masa akan datang.

Sumber: METT

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY