Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mesut Ozil Dikeluarkan Dari PES 2020 Berikutan Komen Penindasan Etnik Uighur

Mesut Ozil Dikeluarkan Dari PES 2020 Berikutan Komen Penindasan Etnik Uighur

Diterbitkan Disember 19, 2019 ยท Dikemas kini Disember 19, 2019 oleh irfan suhaimee

Nama Mesut Ozil mungkin tidak asing lagi buat para peminat bola sepak terutamanya penyokong kelab Arsenal.

Menurut sumber terkini, bintang bola sepak Jerman itu telah dikeluarkan dari permainan video bola sepak terkenal iaitu Pro Evolution Soccer (PES) 2020 versi China.

Ozil deleted from Chinese version of computer game PES 2020 https://t.co/HdYiXt3igD

— The Independent (@Independent) December 18, 2019

Menurut sumber dari independent.co.uk, beliau dikeluarkan dari permainan video tersebut susulan kritikannya terhadap pemerintahan Kerajaan China terhadap penindasan yang berlaku kepada etnik Uighur di Xinjiang.

Mesut Ozil Dikeluarkan Dari PES 2020 Berikutan Komen Penindasan Etnik Uighur

Kerajaan China telah memberi respon berkenaan isu tersebut dengan mendakwa bintang Arsenal itu mendapat perkhabaran palsu. Menurut wakil dari NetEase di dalam laman Weibo, Ozil telah mengeluarkan satu kenyataan yang ekstrim mengenai China. Kenyataan tersebut juga mengguris hati peminatnya dan telah mencemar semangat kesukanan.

Namun, terdapat beberapa selebriti terkenal seperti Maher Zain dan bekas pengurus Arsenal iaitu Arsene Wenger menyokong tindakan Ozil. Manakala bekas bintang Manchester City iaitu Yaya Toure yang kini sedang bermain untuk Qingdao Huanghai tidak bersetuju Ozil mencampuri konflik politik di China.

Sumber : independent.co.uk

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY