Messenger Kids - Aplikasi Pemesejan Facebook Untuk Kanak-kanak

Facebook kini hadir dengan aplikasi khusus untuk pengguna kanak-kanak yang berumur dibawah 13 tahun, dikenali sebagai Messenger Kids. Sama seperti platform Messenger yang biasa tetapi melalui aplikasi ini, ibu bapa boleh mengawal siapa yang boleh berinteraksi dengan anak-anak mereka.

Aplikasi ini dibangunkan dengan tujuan untuk mengurangkan ancaman keselematan dari orang yang tidak dikenali, kerana kita boleh lihat terdapat kes pihak yang tidak bertanggungjawab memperdaya kanak-kanak melalui platform pemesejan.

Menerusi Messenger Kids, kanak-kanak mampu berhubung dengan ahli keluarga dan rakan-rakan mereka dalam persekitaran selamat yang dikawal oleh ibu bapa.



Hanya kenalan yang dibenarkan sahaja boleh menghantar mesej serta membuat panggilan video ke profil Messengger Kids tersebut. Untuk menjadikan ia lebih menarik digunakan pengguna cilik, aplikasi ini disertakan dengan pelbagai pelekat, emoji, penapis dan bunyi latar yang sesuai dengan mereka.



Messenger Kids sekarang hanya ditawarkan di Amerika Syarikat sahaja dan berkemungkinan ia akan dikembangkan ke rantau yang lain di masa hadapan.



Sumber: Facebook