Messenger Dan Facebook Akan Berkongsi Fungsi Stories

Messenger Day merupakan satu fungsi yang mirip kepada Facebook Stories. Menerusinya, pengguna lebih mudah untuk berkongsi saat-saat istimewa melalui aplikasi pemesejan Messenger.

Melihat kepada ketidakperluan memiliki dua fungsi yang sama, Facebook akhirnya menghentikan fungsi Messenger Day dan menggabungkan Facebook Stories untuk dua platform iaitu aplikasi utama yakni Facebook dan aplikasi pemesejan, Messenger.

Ini bermaksud setiap Stories yang dimuat naik di aplikasi Facebook akan akan turut terlihat di aplikasi Messenger. Perubahan ini dilakukan oleh syarikat itu kerana tidak mahu pengguna bersusah payah memuat naik video atau foto yang sama berulang kali, cukup dengan satu muat naik ia boleh ditonton di kedua-dua platform.

Turut difahamkan Facebook sedang dalam usaha untuk membawakan kaedah yang sama keatas Instagram tetapi masih samar-samar lagi tentang penawarannya kepada umum.

Sumber: Tech Crunch