Mesej Suara Panjang Lebih Mudah Untuk WhatsApp Versi Android

Aplikasi mesej popular di negara ini, WhatsApp telah menambah baik kaedah rakaman suara yang boleh dihantar kepada kenalan mahupun kumpulan di dalam aplikasi tersebut.

Sebelum ini pengguna perlu menekan butang rakaman suara tanpa melepaskannya untuk merakam suara mereka. WhatsApp kini memberikan pilihan untuk mengunci butang rakaman tersebut bagi memudahkan proses rakaman suara yang panjang.



Fungsi ini amat dialukan memandangkan musim perayaan hampir tiba dan ucapan boleh dibuat dengan lebih mudah. Ia boleh didapati untuk WhatsApp versi 2.18.177 yang boleh dikemaskini di Play Store.