Meraikan Raya, vivo Melancarkan Y20s G Hanya Pada Harga RM699.00 Untuk Masa Terhad

vivo Malaysia pada 3 Mei 2021 secara rasminya telah melancarkan model terbaru telefon pintar mereka bagi siri Y iaitu Y20s G.

Peranti berkuasa yang memfokuskan permainan online ini dikuasakan oleh cip pemprosesan Helio G80 da dilengkapi dengan RAM berkapasiti 6GB.

Selain itu, ia juga dimuatkan dengan storan 128GB, skrin HD+ Halo FullView™  6.51 inci dan bateri bersaiz 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W.

Tidak lupa juga ia dilengkapi dengan trio kamera utamanya 13MP + 2MP + 2MP serta kamera hadapan 8MP.

Kapsyen: vivo Y20s G ditawarkan dalam 2 warna menarik iaitu Obsidian Black dan Purist Blue.


Menjadikannya lebih menarik, vivo Y20s G kini ditawarkan hanya pada harga RM699.00 sepanjang kempen raya vivo “Hati Rapat, Raya Berkat” yang berlangsung dari 3 Mei hingga 16 Mei 2021.

Jadi tunggu apa lagi, jom dapatkan vivo Y20s G secara eksklusif di laman store Shopee, Lazada atau vivo E-Store  di mana anda turut akan menerima secara percuma fon telinga tanpa wayar, 1 tahun tambahan jaminan peranti serta 1 tahun perlindungan skrin retak yang berharga RM458.00.