Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, mana-mana syarikat yang menyediakan perkhidmatan p-hailing perlu mematuhi beberapa garis panduan yang ditetapkan.
[embed]https://twitter.com/MOTMalaysia/status/1252229716909584385[/embed]
Antara garis panduan itu termasuk kesemua penunggang p-hailing diwajibkan memuat turun dan mendaftar aplikasi kendalian MKN iaitu MySejahtera melalui Play Store, App Store atau HUAWEI AppGallery, serta perlu menunjukkan bukti pendaftaran kepada pihak penguatkuasa.
Aplikasi ini dibangunkan untuk memberikan kemudahan bagi membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti Covid-19 serta mengenal pasti hospital atau klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan Covid-19.
Dalam pada itu, penunggang p-hailing turut diwajibkan memiliki lesen memandu penuh (CDL) yang sah dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun, selain bebas daripada senarai hitam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Berkaitan
- MKN Memberi Penjelasan Berhubung Isu Imbas MySejahtera Di Stesen Minyak
- Cara Daftar Vaksinasi COVID-19 Pada Aplikasi MySejahtera
- MySejahtera Kini Hadir Dengan Ciri Kad Penderma Darah Digital
- MySejahtera Kini Dilengkapi Pasport Kesihatan Dengan Butiran Vaksinasi
- Aplikasi MySejahtera Dilancarkan Oleh Kerajaan Malaysia, Pengguna Boleh Laksana Penilaian Kesihatan Sendiri
- Aplikasi MySejahtera Kini Menunjukkan Langkah Pengesahan Pendaftaran Vaksin COVID-19
- Sistem Janji Temu MySejahtera Diperluas Kepada Perkhidmatan Pergigian
- Penunggang P-Hailing Bakal Diwajibkan Lesen GDL
- Terlupa Kata Laluan Aplikasi MySejahtera? Ini Cara Tetapkan Semula
- Tempahan Janji Temu Kesihatan Kini Boleh Dilakukan Melalui Aplikasi MySejahtera