Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Menjelang Tahun 2020 Jalan Raya Malaysia Akan Di Penuhi Kereta Elektrik

Menjelang Tahun 2020 Jalan Raya Malaysia Akan Di Penuhi Kereta Elektrik

Diterbitkan Oktober 6, 2016 ยท Dikemas kini Oktober 23, 2016 oleh Helmi Samsuri
Menjelang Tahun 2020 Jalan Raya Malaysia Akan Di Penuhi Kereta Elektrik

Malaysia menyasarkan 100,000 buah kereta elektrik akan memenuhi jalan raya dalam negara menjelang 2020. Untuk menjayakan rancangan tersebut, dikhabarkan 25,000 buah stesen mengecas akan dibina di seluruh negara. 100  unit Tesla Premium S juga akan dibawa masuk untuk menarik perhatian orang ramai terhadap rancangan itu.

Memetik laporan dari Channel NewsAsia, Ketua Pengarah Eksekutif Malaysian Green Technology Corporation, Ahmad Hadri Haris menyatakan rancangan ini adalah kerjasama antara Green Tech Malaysia bersama Tesla Motors. Hal ini berikutan dari lawatan Perdana Menteri Malaysia ke kilang Tesla pada Februari yang lalu. Dalam usahasama itu, syarikat pengeluar kereta elektrik berkenaan akan menyediakan 100 unit Tesla bagi pasaran Malaysia.

Menurut Ahmad Hadri lagi, negara Asean memiliki populasi sebanyak 600 juta dan mempunyai kuasa membeli yang baik. Singapura dan Malaysia merupakan pasaran terbesar dalam industri jual beli kereta. Beliau turut menambah, 300 buah stesen mengecas akan dibina pada tahun ini dan tahun hadapan. Sasaran utama adalah membina 25,000 buah stesen mengecas dalam masa 5 tahun dari sekarang.

Sumber: Channel NewsAsia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY