Dikemas kini pada 9.00p.m, 20 Jun 2021.
Bagi mendapatkan respon daripada pihak TM tentang perkara ini, penulis telah menghubungi pihak TM bagi mendapatkan penerangan.
TM menjelaskan, pakej tersebut sudah tersedia ada sejak tahun 2015 lagi. Tetapi ia tidak lagi dipromosikan secara agresif. Ia hanyalah sebagai sebahagian komitmen oleh pihak TM terhadap saranan kerajaan untuk mewujudkan pakej broadband mampu milik kepada golongan B40 sejak tahun 2015 dahulu.
Berikut adalah berita yang telah dilaporkan lebih awal sebelum ini.
Telekom Malaysia (TM) nampaknya secara diam-diam telah kembali menawarkan pelan internet yang rasanya sudah tidak releven lagi ketika ini.
Pelan yang dimaksudkan di sini adalah pelan internet Broadband Lite 1Mbps yang berharga RM38/bulan iaitu pelan yang pernah ditawarkan mereka dalam tahun 2018 dahulu.
Melalui semakan di forum rasmi mereka, Unifi Community, pengumuman secara diam-diam pelan itu telah pun bermula sejak lebih seminggu yang lalu.
Menurut kenyataan di laman komuniti itu, pelan terbaru Broadband Lite 1Mbps dari TM bukanlah sesuai untuk semua. Tetapi ia ditawarkan kembali sebagai memenuhi visi kerajaan untuk membolehkan semua pengguna disambungkan di atas talian.
“There are certain group of people who want to be connected with a very afforable price. It is our goverment’s vision to get everyone to be able to go online and TM embrace this by introducing new Broadband Lite 1Mbps package.” Komuniti Unifi
Berikut adalah pakej tawaran Broadband Lite 1Mbps TM tersebut:-
Daripada pakej yang ditawarkan itu dapat disimpulkan bahawa pelan Broadband Lite 1Mbps TM itu sangat tidak munasabah.
Lihat sahajalah, had data hanyalah sebanyak 1GB/bulan dan jika kuota data telah sampai hadnya, kelajuan internet 1Mbps itu akan diturunkan kelajuannya kepada 128Kbps sahaja.
Tak pasti sama ada ia sesuai untuk anda atau pun tidak. Tetapi jika anda tertarik untuk melanggan pelan tersebut, anda mestilah mempunyai talian tetap TM sedia ada sebelum dapat melanggannya.
Jika tiada, anda perlulah membuat permohonan baru yang hanya boleh dibuat menerusi TMpoint sahaja.
Untuk info lebih lanjut, layari laman rasmi Unifi Broadband Lite
Jadi, apa pendapat anda?
Sumber: Komuniti Unifi