Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Saman Akan Dikeluarkan Jika Anda Melintas Sambil Bermain Telefon – Pihak Berkuasa Honolulu

Posted on Ogos 1, 2017Ogos 2, 2017

Sejak telefon pintar mula diperkenalkan, masyarakat sudah mula tidak menghiraukan keadaan sekeliling. Memandu, berjalan, menunggang motorsikal antara perkara yang memerlukan kita memberi perhatian yang lebih tetapi dengan teknologi yang semakin pesat, kita semakin mengabaikan keselamatan diri dan orang lain.

Melihat kepada masalah, itu tindakan tegas akan diambil terhadap pejalan kaki yang melintas jalan raya sambil bermain telefon. Ia merupakan langkah bijak yang diambil pihak berkuasa Honolulu dalam membendung masalah kemalangan yang sering berlaku akibat gejala bermain telefon ketika berada di jalan raya.

Undang-undang baru yang dijangka akan bermula Oktober nanti telah diumumkan sendiri oleh datuk bandar, Kirk Caldwell pada hari Khamis yang lepas.

Menurut Caldwell, Honolulu merupakan bandar yang mencatat kes antara yang tertinggi melibatkan pejalan kaki dilanggar dan berdasarkan data itu, undang-undang ini perlu dilaksanakan.

Walaubagaimanapun, saman tidak akan dikeluarkan kepada pejalan kaki yang membuat panggilan kecemasan.

Sumber: Sky News

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress