Mengesan Komputer Riba Anda Menggunakan Isyarat Wi-Fi?

Mungkin semua orang menghadapi masalah ini setiap hari.

Dengan teknologi pengesanan untuk peranti telefon pintar yang hilang semakin canggih, bagaimana pula jika komputer riba pula yang hilang?

Mungkin sesetengah akan berkata, "kenapa tidak backup data ke dalam cloud/server atau cakera keras sahaja?"

Kadang-kala mungkin sesetengah terlupa untuk berbuat demikian dan bila komputer riba dicuri, segala sumpah-seranah yang keluar mengingatkan kerja-kerja dan data yang hilang itu.

Sebuah syarikat pengesanan dipanggil Latent Wireless berfungsi dengan mengesan signal Wi-Fi yang komputer riba anda gunakan.

Caranya dengan mendapatkan MAC addresses yang komputer riba anda gunakan dan mengesannya apabila isyarat itu dihidupkan.

Mungkin pencuri berfikir panjang selepas ini kalau ingin mencuri komputer riba anda.

Sumber

Berkaitan